Elak kempen takutkan pelabur, Tok Mat ingatkan semua parti

Elak kempen takutkan pelabur, Tok Mat ingatkan semua parti

Semua pihak perlu mengelakkan politik tidak sihat pada kempen PRN yang dibimbangi akan menakutkan pelabur ke Malaysia, kata Mohamad Hasan.

Lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat, menteri pertahanan itu yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata negara memerlukan pelabur untuk meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kalau dalam kempen pun kita dah buka habis semua pekung, dikhuatiri pihak-pihak di luar negara yang berhasrat untuk melabur di negara kita berasa bimbang untuk melabur.

“Dengan adanya pelaburan, sudah tentu ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya menurut Bernama.

PRN 12 Ogos depan akan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan, selain PRK Kuala Terengganu yang diadakan susulan pembatalan keputusan PRU15 oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, bulan lalu.

Pada pilihan raya itu, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno akan mempertahankan DUN Rantau, diwakilinya sejak 2004.

Mohamad berkata biarpun telah lama mewakili kawasan berkenaan, namun ia bukan tiket untuknya berasa selesa.

“Setiap kali pilihan raya pasti cabarannya berlainan. Saya tak boleh mengambil ringan dan tetap perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan,” katanya. FMT

Elak kempen takutkan pelabur, Tok Mat ingatkan semua parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker