Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

‘Pernah Murung Dicop Muka Kampung, Tak Layak Jadi Penyanyi’

Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

Penyanyi, Ayu Damit akhirnya tampil membuka kisah lama yang selama ini dipendam, apabila mendedahkan tekanan emosi dan kesan terhadap kesihatan mental akibat kecaman berterusan terhadap rupa parasnya sepanjang berada dalam industri hiburan.

Dicop wajah kampung

Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

Menurut Ayu, sepanjang hampir dua dekad bergelar anak seni, dia sering berdepan pelbagai label negatif termasuk dikatakan berimej kampung, berwajah desa dan tidak menepati ‘standard’ kecantikan sebagai seorang penyanyi.

Lebih perit, ada segelintir pihak yang secara terbuka meramalkan dia tidak akan bertahan lama dalam industri hanya kerana penampilannya.

Ayu mengakui, kata-kata tersebut sedikit demi sedikit memberi kesan mendalam sehingga mempengaruhi cara dia melihat diri sendiri.

Saya pernah sangat terluka dan kecewa. Bila orang kata wajah saya kampung, tak cantik dan tak layak jadi penyanyi, lama-lama semua itu bermain dalam fikiran. Dari situlah saya mula jatuh dalam kemurungan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Tambahnya, kecaman yang diterima bukan sekadar komen sekali dua, sebaliknya datang berulang kali sehingga membuatkan dirinya hilang keyakinan dan mempersoalkan nilai diri.

Bila saya cuba nampak lebih cantik, orang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, masih ada yang tak puas hati. Apa pun yang saya buat, tetap ada yang tak kena.

Lebih menyedihkan, Ayu turut berdepan kecaman melampau apabila penampilannya dikaitkan dengan maruah dan didikan keluarga.

Ada yang sanggup cakap suami saya gagal mendidik isteri. Cara saya bertudung pun dihina.

Kata-kata itu bukan saja menjatuhkan saya, tapi seolah-olah turut menghina keluarga saya. Saya sangat sensitif bila keluarga disentuh.

Ayu berkata, walaupun kelihatan kuat di luar, hakikatnya hanya dia dan Allah mengetahui beban emosi yang dipikul selama ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


Saya manusia biasa, ada perasaan. Mungkin orang nampak saya kuat, tapi dalam hati hanya Allah tahu apa yang saya simpan.

Akhirnya saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri. Saya sedar, nilai seorang wanita bukan terletak pada kecantikan semata-mata, tetapi pada kekuatan hati dan keikhlasan.

Jangan bagi ruang negatif

Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

Selepas melalui fasa sukar itu, Ayu mendapatkan bimbingan dan sokongan emosi daripada figura yang dikenali sebagai Dr Healing, iaitu Dr Hisham Dzakiria.

Pertemuan tersebut menjadi titik perubahan buat Ayu untuk menenangkan emosi, menyusun semula kehidupan dan melihat ujian yang dilalui dari sudut lebih positif.

Menurut Dr Hisham, ujian hidup tidak mengenal siapa, sama ada individu biasa atau figura terkenal.

Nama, status atau gelaran bukan sebab ujian datang. Setiap manusia akan melalui fasa jatuh dan bangkit dalam kehidupan.

Dr Hisham turut menekankan kepentingan mengawal emosi dan reaksi ketika berdepan tekanan.

Saya selalu ingatkan Ayu, apa yang paling penting adalah bagaimana kita mengawal reaksi. Jangan terlalu memberi ruang kepada suara negatif kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus dan akhirnya kehilangan diri sendiri.

Tiada apa yang berlaku secara kebetulan. Semua ini adalah takdir Allah dan kita wajib menerimanya, walaupun hikmah itu belum terlihat sekarang.

Ayu dan Dr Hisham ditemui ketika majlis Grand Opening Healing Centre Dr Hisham Dzakiria yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Hisham turut menjelaskan penubuhan Healing Centre tersebut tercetus daripada keperluan masyarakat hari ini yang semakin berdepan tekanan emosi, tanpa mengira usia atau latar belakang.

Menurutnya, isu seperti kemurungan, kebimbangan melampau, keletihan emosi dan konflik hubungan semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serius, sama penting dengan kesihatan fizikal.

Kami menubuhkan Healing Centre ini bagi memudahkan akses khidmat kesihatan mental kepada masyarakat. Ramai sebenarnya sedang bergelut dalam diam dengan stres, kemurungan, fobia dan masalah hubungan.

Tambahnya, pusat tersebut menyediakan perkhidmatan terapi emosi dalam suasana selamat dan tanpa penghakiman.

 

Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker