Pearly Tan catat rekod dunia pukulan terpantas 438 km/j

Pearly Tan catat rekod dunia pukulan terpantas 438 km/j

Pemain badminton beregu wanita negara, Pearly Tan berjaya memecahkan rekod dunia untuk pukulan badminton terpantas apabila mencatatkan kelajuan luar biasa 438 kilometer sejam (km/j).

Menerusi satu pengumuman dari pihak Yonex hari ini, kejayaan tersebut telah meletakkan pemain kebangsaan itu sebagai pemegang gelaran Rekod Dunia Guinness wanita pertama dalam kategori tersebut.



Selain Pearly, pemain badminton lelaki India, Smash Rankireddy turut berjaya memecahkan rekod dunia untuk hit badminton terpantas apabila mencatatkan kelajuan 565 km/j memecahkan rekod sebelum ini yang dicatat pada Mei 2013 dengan kelajuan 493 km/j.

“Kedua-dua rekod ini menunjukkan bahawa sukan badminton adalah sukan yang jauh lebih pantas daripada sukan-sukan lain seperti bola sepak atau perlumbaan kereta Formula Satu.

“Rekod dari kedua pemain antarabangsa itu telah dicatatkan pada 14 April lalu dan telah disahkan oleh panel rasmi Rekod Dunia Guinness berdasarkan hasil pengukuran kelajuan yang dicatatkan mereka berdua,” tulis pengumuman tersebut.

Rekod kelajuan yang dicatatkan oleh Pearly telah diperolehi di sebuah gimnasium Yonex Co., Ltd. Tokyo Factory di Soka, Saitama, Jepun pada 14 April 2023.



Manakala rekod yang dicatatkan Rankireddy adalah di gimnasium Yonex Co., Ltd. Tokyo Factory di Soka, Saitama, Jepun juga pada 14 April 2023. K Online

Pearly Tan catat rekod dunia pukulan terpantas 438 km/j

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker