Imej bersih Singapura tidak kekal lama

KES membabitkan S. Iswaran dan Ong Beng Seng disifatkan menjejaskan imej Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Imej bersih Singapura tidak kekal lama

Imej Singapura yang sebelum ini bersih daripada rasuah kini sudah tercalar susulan penahanan seorang menteri Kabinet dan taikun hotel mewah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berprofil tinggi.

Kedua-dua individu itu ditahan berhubung salah satu kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.



Kes membabitkan Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran dan Ong Beng Seng turut menjejaskan imej parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Singapura sering tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak bermula pada 1995.

Malah, pegawai awam Singapura antara yang dibayar gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima bayaran kira-kira 2.2 juta dolar Singapura (RM7.58 juta) setahun.

Itu antara strategi yang dikatakan mendorong kes rasuah di republik itu kekal rendah.



Siasatan itu dijalankan ketika PAP yang memerintah Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965, sedang melaksanakan rancangan penggantian dalam parti itu.

PAP juga perlu memastikan sebarang implikasi akibat siasatan itu ditangani sebelum pilihan raya umum yang harus diadakan menjelang November 2025.

Bulan lalu, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan serta Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K. Shanmugam didapati tidak bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung isu penyewaan kediaman kolonial berhampiran kawasan elit.

Hsien Loong mengarahkan Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) melakukan semakan semula selepas pembangkang mempertikaikan mengenai kadar sewa dan ketelusan dalam memasarkan kediaman tersebut.



Pada tahun 1996, Hsien Loong yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, bersama bapanya, Lee Kuan Yew (perdana menteri pertama Singapura) berdepan tuduhan menerima diskaun berkaitan empat pangsapuri mewah yang dibangunkan oleh syarikat hartanah milik Beng Seng.

Perdana menteri ketika itu, Goh Chok Tong menegaskan siasatan perlu dijalankan bagi melindungi reputasi kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, kedua pemimpin itu didapati tidak bersalah dalam siasatan berkenaan.

Pada tahun 1986, Teh Cheang Wan yang ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Negara disiasat oleh CPIB atas tuduhan menerima rasuah.



Cheang Wan menafikan tuduhan itu dan dilaporkan meninggal dunia sebelum didakwa secara rasmi. Utusan

Imej bersih Singapura tidak kekal lama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker