Wanita trauma lapan tahun jadi mangsa gangguan seksual di media sosial

Seorang wanita hilang sabar selepas lapan tahun menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Acacia Diana mendedahkan perkara itu di laman Twitter miliknya selepas pelbagai tindakan dilakukan tetapi dia masih diganggu lelaki terbabit yang dikenali sebagai Safiq Rosli.

“Hai semua. Saya sangat penat, geram dan malas untuk melayan orang bernama Safiq Rosli ini lagi (sopert99). Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, mohon dapatkan bantuan untuk dia.

“Dia mengganggu saya hingga ke United Kingdom (UK), ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh mahkamah.

“Minggu ini dia kembali lagi mengganggu. Syfa Rosli dan Encik Rosli, jika anda berada di luar sana. Tolong jaga ahli keluarga anda yang sakit ini,” katanya.

Selain itu, Acacia turut memuat naik beberapa bukti seperti tangkap layar mesej yang dihantar lelaki tersebut kepadanya menerusi Direct Message (DM) di Instagram, gambar alat sulit lelaki berkenaan, video memaparkan dirinya sedang beronani serta perbualan berunsur lucah.

“Satu laporan polis sudah dibuat di balai polis di Shah Alam pada tahun 2018, tetapi gangguan itu tidak terhenti sehingga semalam.

“Dia mempunyai delusi bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat,” jelasnya.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang meminta wanita tersebut menghantar bukti-bukti tersebut kepada pihaknya untuk tindakan susulan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker