MB Kedah melampau dan kurang ajar pada Sultan Selangor
SHAH ALAM – Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai melampau dan kurang ajar.
Respons itu susulan kenyataan Muhammad Sanusi didakwa menghina Sultan Selangor dan turut meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berceramah di Selayang.
Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pentas ceramah politik tidak seharusnya dijadikan medan membuat penghinaan terhadap institusi diraja dan Menteri Besar Selangor.
“Jelas ia satu penghinaan kepada Sultan Selangor dan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut rakyat yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara.
“Ada dua perkara penting dari sudut Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta yang terakhir adalah Kesopanan dan Kesusilaan
“Ini jelas menunjukkan Muhammad Sanusi tidak layak dan sangat biadab sebagai rakyat dan beliau juga tidak ada tata susila, budi pekerti dan sopan santun,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau menambah, pihak polis juga perlu mengambil tindakan dengan memanggil Menteri Besar Kedah itu untuk disoal siasat berhubung ucapannya dalam sisi ceramah itu.
Ucapan Muhammad Sanusi tular sejak Khamis apabila pemimpin Pas itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “Menteri Besar (Amirudin) cokia (tiada kualiti)”.
Sebagai respons balas, Amirudin pula dilaporkan berkata, pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya perlu menilai semula kenyataan dibuat Muhammad Sanusi itu, serta menginsafi kesilapan yang disifatkan melanggar etika ‘berkempen’.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Langkah mayat saya dulu – Tok Mat
- Geng Eddy termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
- SPRM diminta siasat banglo dikaitkan dengan Sanusi walau telah dinafikan
- Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan – Zahid
- Malang nasibmu Annabella
- Zahid minta Sanusi taubat
- Misha sekolahkan netizen hina wajah Nadeera
- Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
- Nora terkena gangguan sihir pemisah
- Itu sikap sebenar Sanusi – Amirudin
- Wanita tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri
- Berani buat berani tanggung
- MEF terkejut dengan kenyataan Rafizi
- Hukum minta gambar bogel isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis