Hubungan dingin Jep Shuib bukan lagi rahsia, Mamat mahu cuba satukan kembali
“Dapat minum kopi bertiga pun dah cukup”.
Demikian luahan bekas anggota Sepah, Mamat atau Mohd. Nor Murad yang pernah terfikir untuk menemukan dua sahabat baik yang kini dingin, Jep dan Shuib dalam suasana santai seperti suatu ketika dulu.
Sebagai individu yang menghimpunkan kumpulan itu sekitar 17 tahun lalu, pelawak itu berasa bertanggungjawab menjernihkan semula hubungan antara sesama rakan karibnya demi sebuah ukhwah.
“Saya kumpulkan Jep dan Shuib pada sekitar 2006. Ditakdirkan kami menang dan kemudian menjadi juara lagi. Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting.
“Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk.
“Saya pun suka dapat duduk sekali dengan mereka sambil mengenang kisah lampau kami, bergelak ketawa, bukan bercerita hal kerja. Sebenarnya kami ada kod bahasa kami sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada malam akhir Mega Spontan, baru-baru ini.
Mengakui rindukan momen bersama rakan-rakannya, selebriti asal Johor itu turut mendedahkan sering berjumpa Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin sementelah dengan Shuib, mereka berhubung ketika kenduri pernikahan usahawan tersebut.
“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya.
Sebelum ini, kemelut antara Jep dan Shuib atau Shahmira Muhammad tampak ketara selepas pelawak itu tidak menyertai jelajah reunion Sepahtu, tetapi menerima undangan terbabit dengan program lawak bersama kumpulan lain.
Bagi memperjelaskan situasi Jep mendedahkan punca rakannya itu meninggalkan Sepahtu, namun situasi semakin panas apabila ibu Shuib seakan-akan memberi komen balas, selain Jep turut mendedahkan tidak dijemput ke kenduri kahwin sahabatnya itu, baru-baru ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dalam tangan kami 16 kerusi – Mahfuz
- Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke
- Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R
- PAS seperti mengaku rasuah dalam pilihan raya – Salahuddin
- Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid
- Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua
- Bekas ADUN DAP lakukan perkahwinan sejenis, Kerajaan Perpaduan tetap tidak iktiraf LGBT
- Hutang Felda: Muhyiddin jangan ‘sembang’, samanlah Anwar jika kamu dipihak yang benar
- Gula-gula PRK: PAS tawar beri pinjaman motor tanpa faedah tetapi dengan syarat..
- Sarah Hildebrand makin berani berbikini
- Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam
- Saya yang lupuskan hutang peneroka Felda bukan Muhyiddin, ‘I stand by this record’ – Anwar Ibrahim
- Nikita Mirzani dilabel ‘iblis’ paksa anak turun berat badan
- Syaitan suruh bunuh, kerat isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila
You must be logged in to post a comment.