Zahid bangkit ‘bela’ Guan Eng

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Lim Guan Eng susulan laporan portal berita baru-baru ini yang dikatakan memutarbelitkan kenyataan pemimpin DAP itu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Lim yang mendakwa PN akan memusnahkan tokong Buddha dan Cina jika gabungan itu berkuasa di Pulau Pinang.

Zahid, yang juga pengerusi BN berkata, kenyataan Lim itu adalah berdasarkan peristiwa lama dan laporan berita berkenaan bertujuan memburukkan nama pengerusi DAP itu.

“Saya juga baca laporan itu, ia berlaku beberapa lama yang sudah, tetapi ia diulangkan untuk robohkan nama Lim Guan Eng.

“Saya fikir kalau berbeza politik pun, kena dengan akhlak politik yang baik. Jangan lakukan character assasination (pembunuhan watak),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Usahawan Negara (MUN) 2023 dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Dataran Merdeka hari ini.

Tidak jelas laporan mana yang dimaksudkan oleh Zahid.

Bagaimanapun Jumaat lalu, portal MalaysiaNow yang memetik laporan China Press melaporkan komen Lim dibuat pada acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong, Pulau Pinang.

Lim mendakwa ucapannya, yang asalnya dibuat dalam bahasa Mandarin, telah diputarbelitkan oleh beberapa portal.

Lim berkata ucapan sebenarnya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu di Kedah yang pernah dirobohkan.

Dia turut melampirkan tangkap layar laporan berita pada tahun 2020 itu.

MalaysiaNow juga melaporkan Lim sebagai berkata bahawa “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” lapor portal berkenaan memetik Lim.

Salah terjemah

China Press telah memberikan penjelasan bahawa portal MalaysiaNow salah menterjemahkan artikel yang memetik kenyataan Lim.

MalaysiaNow memetik China Press yang mengatakan bahawa Lim mendakwa ‘Gelombang Hijau’ akan memusnahkan tokong Buddha.

“Faktanya, terjemahan laman web itu salah; baik tajuk utama mahupun kandungan berita tidak menyebut tokong Buddha atau tokong Cina,” menurut artikel itu.

Artikel tersebut menyatakan bahawa kenyataan asal Lim mengatakan bahawa ‘Gelombang Hijau’ akan menyebabkan kuil kaum lain dimusnahkan, tetapi selagi Pulau Pinang kekal (tidak ditadbir PN), hak kebebasan beragama akan dipertahankan.

Artikel itu juga menyertakan transkrip “kata demi kata”, di mana Lim dilaporkan berkata “Gelombang Hijau” akan menyebabkan kuil-kuil yang dianggap “merosakkan pemandangan” – terutama kuil Hindu – mungkin akan dirobohkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker