Pemuda MCA bidas PM isu kuota bumiputera, Zahid kata ia berdasarkan merit
Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana mempertahankan sistem kuota pelajar bumiputera dalam pendidikan.
Dalam catatan di Facebook, Nicole menyifatkan kenyataan Anwar sebagai langkah mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa “tertipu”.
“Walaupun MCA adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan, kita sama sekali tidak boleh bersetuju dengan kenyataan Anwar.
“Kenyataan ini membuatkan rakyat Malaysia berasa seperti kita telah mundur ke tahun 1960-an dan 70-an dan menenggelamkan semua kemajuan yang telah kita capai,” katanya.
Dia mendakwa universiti-universiti di Malaysia tidak dapat meningkatkan kedudukannya di peringkat global disebabkan sistem kuota berkenaan.
Diminta mengulas mengenai perkara itu hari ini, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Nicole adalah disebabkan “salah tafsir”.
“Saya rasa dasar itu sangat terbuka dan ia akan berdasarkan merit. Sudah tentu ada kuota, seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan kita, tetapi kita tidak menafikan kemasukan etnik Malaysia lain untuk mendaftar ke universiti awam,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) 2023 dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Dataran Merdeka hari ini.
Semalam, Anwar berkata sistem kuota pelajar bumiputera akan dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar daripada kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menjawab soalan pelajar berhubung sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara semasa program “Temu Anwar” di Kedah, perdana menteri berkata jika sistem kuota itu tidak dikekalkan, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah pelajar Melayu dan bukan bumiputera.
Perdana Menteri berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.
Tegasnya, sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengenepikan dasar kuota, ia akan menimbulkan ketegangan dan dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.
Yakin MCA, MIC akan kekal bersama BN
Sementara itu, mengulas mengenai pelawaan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor kepada MCA dan MIC untuk menyertai gabungan mereka, Zahid berkata dia yakin parti komponen BN tidak akan menerimanya.
“Dalam mana-mana pilihan raya, sama ada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum, tawaran seperti ini akan dibuat oleh mereka (PN).
“Tetapi saya yakin MCA dan MIC akan kekal dalam BN,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib
You must be logged in to post a comment.