Minta naik gaji, Rafizi minta Cuepacs faham

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika mengemukakan pelbagai tuntutan termasuk kenaikan gaji minimum.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan bagaimanapun memahami tuntutan pihak berkenaan yang berhasrat untuk meringankan kos sara hidup dalam kalangan penjawat awam.

“Tuntutan gaji baik daripada sektor swasta, awam dan Cuepacs sekarang, yang itu saya ingat hak masing-masing. Kita pun macam bekerja ada banyak tuntutan juga tetapi kita pun tahu dan saya pasti Cuepacs pun sedia maklum bahawa kerajaan ada kekangan.



“Cuma yang Kerajaan Persekutuan dan (Perdana Menteri), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang nak tumpu mungkin tak boleh untuk tunai semua serta-merta. Tapi kita nak pastikan kita tumpu soal gaji. Saya juga yakin yang sebelah pekerja (Cuepacs) nanti pun akan faham bahawa majikan (kerajaan) itu juga ada kekangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Negeri Kedah yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, gaji minimum RM1,800 dengan kenaikan gaji tahunan adalah antara cadangan Cuepacs kepada kerajaan yang berhasrat untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam.

Cuepacs turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenal elaun bandar raya sebanyak RM500 di samping menambah imbuhan tetap perumahan kepada RM450 berbanding RM300 ketika ini.



Jelas Rafizi, kerajaan tidak pernah memandang remeh isu tuntutan tersebut sejajar dengan kenaikan kos sara hidup rakyat ketika ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu tuntutan kenaikan gaji minimum dan imbuhan daripada Cuepacs itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan yang dibincangkan dari semasa ke semasa.

“Cuma saya berharap sama ada Cuepacs sampai ke pihak swasta bila kita bincang tentang model gaji progresif tak bolehlah nak anggap semua berlaku secara tiba-tiba.

“Tapi saya yakin kerajaan akan menerima bahawa kita perlu ada kerangka sasaran setiap tahun. Dalam tempoh lima ke 10 tahun macam mana, kemampuan kewangan itu akan menentukan juga macam mana kita nak laksanakan secara berperingkat ke arah satu sistem dasar gaji yang lebih progresif,” katanya



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker