Pahamin Rajab meninggal dunia dalam perjalanan ke London

Ketika hayatnya, Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.

Azhar berkongsi berita duka pemergian bapa mentuanya di Instagram, awal pagi tadi. - Foto IG Azhar Sulaiman
Azhar berkongsi berita duka pemergian bapa mentuanya di Instagram, awal pagi tadi. – Foto IG Azhar Sulaiman

Azhar berkata, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.

“Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.



Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London,” katanya dalam video yang dimuat naik.

Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.

Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.

Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.



Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Leona Iris, 21.

 

Gambar pada 2001. (Dari kiri) Pengarah Tune Air, Aziz Bakar; Pengarah Hicom Holdings, Datuk Tik Mustaffa; Pengarah Tune Air, Datuk Pahamin Rajab; Pengarah Tune Air, Datuk Kamarudin Meranun; Pengarah Tune Air, Tony Fernandes; Ketua Pegawai Kewangan AirAsia Sdn Bhd, Raja Azmi. - Foto ihsan museum.airasia
Gambar pada 2001. (Dari kiri) Pengarah Tune Air, Aziz Bakar; Pengarah Hicom Holdings, Datuk Tik Mustaffa; Pengarah Tune Air, Datuk Pahamin Rajab; Pengarah Tune Air, Datuk Kamarudin Meranun; Pengarah Tune Air, Tony Fernandes; Ketua Pegawai Kewangan AirAsia Sdn Bhd, Raja Azmi. – Foto ihsan museum.airasia

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker