Jika PN cuba beri wang, ambil video dan laporkan pada polis atau SPR – Rafizi
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pengundi untuk merakam sebarang kesalahan pilihan raya oleh PN dalam PRN di enam negeri nanti.
“Jika PN cuba beri wang, ambil video dan laporkan pada polis atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Saya nak tengok jika mahkamah kali ini akan hukum sesiapa di Terengganu, atau jika (PN) cukup berani untuk rasuah rakyat Kedah, sama ada menerusi duit atau program lain.
“Kita tahu ini berlaku dan telah dibuktikan di mahkamah,” katanya ketika ceramah PH di Kulim malam tadi.
Rafizi memetik keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU lalu.
Mengulas keputusan itu, Rafizi berkata berbeza dengan PN, tiada pemimpin daripada kerajaan perpaduan yang didapati bersalah di mahkamah.
“Mahkamah jarang masuk campur dalam pilihan raya, bermakna ada bukti begitu kuat sehingga mahkamah perlu buat keputusan batalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari menggesa pengundi untuk memantau kehadiran menteri yang hadir memberi sumbangan di kawasan mereka.
Membangkitkan kes mahkamah yang sama, Ahmad Fadhli berkata bagi ia mempersiapkan mereka dengan petisyen pilihan raya jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
Pada 27 Jun lalu, hakim Mahkamah Tingg Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Zubir Embong.
Hakim antara lain memutuskan ada unsur rasuah dalam pengagihan bantuan kewangan oleh kerajaan negeri – menerusi program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa – antara 15 hingga 17 November tahun lalu, iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi.
Selain Kuala Terengganu, BN juga memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan PRU pilihan raya lalu di Parlimen Marang, Kemaman, Gua Musang, Putrajaya, Masjid Tanah, dan Segamat.
Namun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengekalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang BN telah membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib