Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

“Saya tak sebut nama tan sri mana pun awakkkk.?? Kenapa terasa pedass??,” sindir Datuk Seri Aliff Syukri.

Meskipun tidak menamakan individu berkenaan, usahawan kontroversi ini dipercayai merujuk kepada jawapan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.



Dalam kenyataan kepada sebuah portal, bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan ‘ugutan’ Aliff yang mendakwanya berhutang puluhan juta ringgit.

Katanya lagi, beliau enggan meletakkan kedudukannya serendah usahawan kosmetik terbabit.

Artikel berkaitan: Aliff Syukri tuntut bekas menteri bergelar Tan Sri bayar hutang

Apa patut saya buat, Tan Sri hanya tengok WhatsApp – Aliff Syukri



Mengulas jawapan itu, Aliff berkata, beliau memang tidak setaraf dengan bekas menteri itu kerana merupakan anak kampung yang berasal dari Felda Ulu Banat.

Beliau terpaksa menempuh kehidupan yang susah dengan menjaja di pasar, siang malam buat live Tiktok untuk menjadi duit.

“tan sri ..kalau tak selevel kenapa pinjam duit lepas tu lari dari sy . Tak nak turunkan diri jumpa sy – tak selevel ye.. ??Wahai tan sri , sy tak bodoh masa kita diskus/meeting keliling sy letak kamera sy ..!! tan Sri tak perasan sbb lavel tan sri bilion bodyguard keliling pinggang sy anak kampung sahaja..yg kais pagi makan pagi..

“kalau tak selevel pulangkan hak sy yg puluhan juta sy tu.. pelik juga kalau tak selevel kenapa ajak sy datang rumah? ajak pergi makan ajak memancing kat kampung?? Smua ada vedioo tan sri di youtube..siap ajak gi resort layan sy mcm rajaa?? Ingat sy bukan anak kampung yg bodoh yg boleh dikotak katekkan..dan Rakyat Malaysia tak bodoh menilai.. jgn makan duit rakyat marhen mcm saya ni tan sr,” bidas Aliff.



Aliff menarik perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran yang menuntut seorang bekas menteri membayar semula hutangnya yang bernilai puluhan juta ringgit.

Menurut usahawan ini, beliau sudah cuba menghubungi dan menghantar WhatsApp kepada individu tersebut namun semuanya tidak berbalas. MG

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker