Taliban haramkan operasi salun kecantikan

Taliban haramkan operasi salun kecantikan

Taliban melarang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini, menurut Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan pada Selasa.

“Pengoperasian salun kecantikan wanita di Kabul dan wilayah-wilayah lain di negara itu akan dilarang dalam tempoh tertentu, lesen dan kontrak yang dikeluarkan adalah tidak sah,” memetik surat kementerian yang dihantar kepada pentadbiran Kabul.



Beberapa wanita Afghanistan memberitahu Sputnik bahawa mereka bekerja di salun kecantikan untuk menyara keluarga kerana suami mereka menganggur. Seorang lagi wanita yang menjalankan salun kecantikan menyeru pentadbiran Taliban supaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk lelaki.

Sputnik telah menghubungi wakil pentadbiran Kabul, namun pegawai itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat khusus mengenai perkara berkenaan.

Taliban telah menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja sejak ia menguasai Afghanistan pada Ogos 2021, berikutan pengunduran tentera asing dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat.

Pada Disember 2022, wanita Afghanistan dilarang bekerja untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO). HM



Taliban haramkan operasi salun kecantikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)



Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker