Apa rancangan Muhyiddin dan Mahathir?

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menyifatkan pertemuan beliau bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam pada dasarnya telah bersetuju untuk mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan meningkatkan sokongan kepada PN.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, pertemuan tersebut juga turut membincangkan tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus.

“Semalam saya telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Alhamdulilah, pertemuan empat mata ini telah berjalan dalam suasana yang mesra dan saling hormat-menghormati antara kami berdua.



“Kami telah berbincang panjang lebar tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus.

“Pada dasarnya kami bersetuju untuk mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihan raya di enam buah negeri tidak lama lagi,” jelasnya di Facebook rasmi beliau hari ini.

Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin jika kedua-dua pihak mempunyai matlamat yang sama.

Perkara tersebut turut disambut baik oleh Muhyiddin yang juga bersedia untuk bekerjasama kembali dengan Dr. Mahathir



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker