Jenazah Abdul Ghapur dikebumi pagi ini
Jenazah Abdul Ghapur dikebumi pagi ini
TAWAU: Jenazah Allahayarham bekas Ahli Parlimen Kalabakan yang juga ahli politik veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas, Kota Kinabalu, pagi ini.
Anak sulung Alllahyarham, Noraini Ghapur, berkata bapanya sebelum ini menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, sejak dua bulan lalu dan menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga kira-kira 12.07 tengah malam tadi.
Beliau berkata, solat jenazah akan dijalankan di kediaman mereka di Likas, dan akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Likas, sebelum dikebumikan.
“Mohon doakan semoga roh Allahyarham bapa kami ditempatkan bersama kalangan orang-orang beriman,” katanya pagi ini.
Allahyarham Abdul Ghapur, memulakan kerjaya politiknya awal tahun 1970-an dengan menyertai Parti Berjaya, di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah keenam, Tan Sri Harris Salleh.
Beliau pertama kali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya tahun 1976 tetapi tewas kepada calon USNO.
Beliau berjaya memenangi kerusi DUN Merotai pada pilihan raya 1981 dan mengekalkannya pada tahun 1985 atas tiket Barisan Nasional (BN).
Ghafur kemudiannya mengambil keputusan untuk menyertai UMNO pada tahun 1991 dan dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Tawau pada pemilihan bahagian itu setahun kemudian.
Pada pilihan raya 1994, beliau sekali lagi menang di DUN Merotai, manakala pada 1999 beliau bertanding pula DUN Kalabakan sebelum diwartakan sebagai Parlimen bermula tahun 2004.
Sejak itu, Ghaffur Salleh berjaya mempertahan kerusi Parlimen Kalabakan selama tiga penggal, namun tewas mengejut kepada calon Parti WARISAN, Ma’mun Sulaiman, pada PRU-14.
Pada PRU-15 lalu, beliau sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka menyatakan sokongan kepada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), selain membantu kempen pilihan raya calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Kalabakan, Noraini Salleh, yang juga anak sulung beliau. BH
Jenazah Abdul Ghapur dikebumi pagi ini
Baca Artikel Menarik:
- Fizz Fairuz beli anugerah?
- Khaled bidas kritikan Muhyiddin
- Nasir saman Finas, menteri
- JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
- Yusof Haslam, Raisuddin mentua satu dalam sejuta
- Punca orang Melayu tak sokong Anwar
- Zaki Yamani Lain Yang Buat Hal, Anak Jamal Abdillah Pula Yang Terkena Tempias
- Identiti 7 sekeluarga mangsa kepala air dikenal pasti
- Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!
- Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang
- Anwar sifatkan ‘doa ambil nyawa’ Haji Hadi sebagai biadap, mahu Zaki mohon maaf
- Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri
- Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin
- Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya
Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput
You must be logged in to post a comment.