BN akan dapat kerusi tambahan bagi PRN Selangor

BN akan dapat kerusi tambahan bagi PRN Selangor

Barisan Nasional (BN) akan bertanding lebih daripada lima kerusi DUN di Selangor pada PRN akan datang, kata Ahli Jawatankuasa Umno Selangor, Jamal Yunos.

“Apa yang boleh saya katakan ialah BN akan dapat lebih daripada lima kerusi sedia ada,” katanya.



Dalam PRN terdahulu pada 2018, BN memenangi kerusi Sungai Air Tawar, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Hulu Bernam, serta merampas kerusi Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil 2019.

“Ada kemungkinan besar jumlah kerusi ditandingi (BN) akan diumumkan Jumaat ini pada pelancaran jentera pilihan raya gabungan perpaduan Selangor,” kata Jamal.

Beliau berkata, rundingan kerusi antara PH dan BN di Selangor berjalan lancar.

11 kerusi buat BN, fokus pada Tengku Zafrul



Seorang pemimpin PH Selangor yang enggan dinamakan berkata, BN mungkin diberi 11 kerusi, tetapi enggan menamakan kerusi terbabit.

“Bagaimanapun, saya boleh berkongsi bahawa Tengku Zafrul Aziz dijangka bertanding di kerusi Paya Jaras,” kata sumber itu kepada FMT berhubung kerusi yang disandang Khairuddin Othman daripada PKR.

“Rundingan berterusan mengenai beliau jadi calon berpotensi menteri besar jika PH-BN menang di negeri itu dan beliau memenangi kerusi Paya Jaras.”

Sebelum DUN Selangor dengan 56 kerusi dibubarkan, PH mempunyai 40 kerusi, disusuli BN (5), PN (5), Parti Bangsa Malaysia (2), Warisan (1), Pejuang (1) dan bebas (1). Kerusi Batang Kali diisytiharkan kosong pada Februari lalu. FMT



BN akan dapat kerusi tambahan bagi PRN Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker