Beg Tangan Sebesar Kuman Louis Vuitton Dijual Pada Harga RM300,000

Beg Tangan Sebesar Kuman Louis Vuitton Dijual Pada Harga RM300,000

Beg tangan jenama Louis Vuitton baru sahaja dilelong pada harga USD$63,000. Bagaimanapun, yang menjadi persoalan orang ramai adalah saiz beg tangan tersebut yang hanyalah sebesar kuman.

Beg tangan berwarna hijau dengan kuning neon itu dijual pada harga permulaan sebanyak USD$15,000 sebelum naik kepada USD$63,000.

“Beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut dan cukup kecil untuk menembusi lubang jarum,” menurut catatan Instagram oleh pembuatnya, MSCHF kolektif seni yang berpangkalan di Brooklyn.

Kevin Wiesner, ketua pegawai kreatif MSCHF, memberitahu The New York Times bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran daripada Louis Vuitton untuk menggunakan reka bentuk itu.

Setakat ini tiada apa-apa komen yang dikeluarkan oleh LV berkenaan jualan yang menggunakan jenama mereka.

Beg itu dibuat menggunakan “proses stereolitografik yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil,” menurut maklumat lelongannya.

MSCHF telah menjadi tajuk utama dalam beberapa tahun kebelakang ini, termasuk “Kasut Syaitan” Lil Nas X yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Vc

Beg Tangan Sebesar Kuman Louis Vuitton Dijual Pada Harga RM300,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker