Ahli parlimen ‘Melayu DAP’ bidas Mahathir

PETALING JAYA: Tiga pemimpin DAP menyelar Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim “terpaksa turut manifesto DAP” kerana pengaruh parti itu dalam kerajaan.

Mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mahathir berkata, kerajaan boleh tumbang jika 40 Ahli Parlimen DAP menarik balik sokongan terhadap pentadbiran Anwar.

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khususnya menjadikan Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama Islam digantikan dengan negara sekular,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii meminta Mahathir berhenti mereka cerita untuk memecahbelahkan perpaduan.

“Sudahlah Tun. Kita (DAP) tidak pernah mempertikaikan kedudukan agama Islam dalam perlembagaan. Pada masa sama kita juga mempertahankan hak semua rakyat tak kira bangsa dan agama yang dijaga dalam perlembagaan.

“Jangan sebarang menukar sejarah, mengarang naratif yang tidak masuk akal untuk mencipta satu delusi yang tidak ada, hanya untuk kekal relevan,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan pula meminta bekas pengerusi Pakatan Harapan itu berhenti membuat tuduhan palsu terhadap DAP.

“Politik menakut-nakutkan orang dengan propaganda tidak berasas sudah ketinggalan zaman,” katanya.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman juga menolak dakwaan Mahathir dengan berkata: “Dear Tun, sudah-sudahlah.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker