Sehingga hari ini 4 jemaah haji Malaysia meninggal dunia
PETALING JAYA: Dua jemaah haji Malaysia yang koma, meninggal dunia di hospital Arab Saudi Jumaat lalu.
Ini menjadikan empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah tahun ini, selepas dua jemaah wanita menghembuskan nafas terakhir pada 4 dan 19 Jun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar berkata, kematian ketiga membabitkan jemaah lelaki berusia 72 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru, manakala seorang jemaah lelaki berumur 60 tahun meninggal dunia akibat serangan strok dan kegagalan jantung.
“Kedua-dua jemaah Malaysia itu antara tiga pesakit yang tidak dibawa ke Arafah untuk berwukuf Selasa lalu kerana dalam keadaan koma di hospital Arab Saudi.
“Saya dan pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengucapkan takziah kepada waris mangsa,” katanya menurut Berita Harian dalam sidang media di Ibu Pejabat TH di Makkah.
Na’im berkata, 95 jemaah negara masih dirawat di Pusat Rawatan TH Makkah dan 15 lagi di hospital Arab Saudi setakat ini.
Dalam perkembangan lain, katanya, seramai 31,600 jemaah Malaysia selesai menunaikan ibadah Rukun Islam kelima tahun ini. Mereka tidak termasuk dua jemaah yang meninggal dunia dan tiga lagi koma sebelum berwukuf.
Beliau berkata, 13,219 jemaah melakukan Nafar Awal kelmarin dan 18,381 lagi melaksanakan Nafar Thani semalam.
Katanya, jemaah haji Malaysia akan berangkat pulang mulai Rabu ini dan penerbangan terakhir pada 31 Julai ini, membabitkan 98 penerbangan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Menteri buat kecoh di KLIA akhirnya bersuara
- Dituduh terlibat dengan penggubahan wang haram, bekas isteri pemimpin negara rugi RM2 juta
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO
You must be logged in to post a comment.