Patung seks kanak-kanak berbaju sekolah dijual dalam platform online, pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas
Seorang wanita tampil mendedahkan mengenai penjualan patung mainan seks berupa kanak-kanak menerusi sebuah platform dalam talian.
Lebih mengejutkan, terdapat patung yang dijual turut dikenakan pakaian baju kurung seperti budak sekolah rendah dengan harga antara RM800 hingga RM3,000.
Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di Twitter Masitah, memaparkan beberapa tangkap layar akaun yang menjual patung tersebut.
Berdasarkan tangkap layar itu, hampir kesemua akaun ‘seller’ (penjual) didapati berpangkalan dalam negara iaitu di Selangor.
“Rakan saya sedang skrol aplikasi dalam talian dan terjumpa mainan seks, tetapi apa yang mengejutkan ialah mainan seks itu mereplikasi badan kanak-kanak. Ini sangat memualkan dan menjijikkan
“Saya dah laporkan semua akaun dan juga telah hubungi pengedali platform untuk ambil tindakan lanjut,” katanya hari ini.
Sehubangan itu, rata-rata ramai turut membuat laporan terhadap akaun berkenaan selain ingin memboikot platform tersebut kerana tidak menapis produk yang dijual.
“Rasa nak muntah, bangang gila ada orang jual benda macam ini,” kata Raja Haziq.
“Sebagai seorang ibu, perkara ini suatu yang menakutkan. Ada patung siap pakai baju sekolah lagi,” luah atiqah.
“Apa ni, tak saring ke penjual dan kau jangan biar rakyat Malaysia boikot nanti,” ujar hzf.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib
You must be logged in to post a comment.