Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri

 

Seorang pemuda di Bekasi ditangkap polis kerana didakwa menjual kekasih sendiri kepada seorang lelaki lebih tua berusia 40 tahun, lapor portal berita TribunJatim semalam.

Pemuda berusia 19 tahun tersebut menghantar kekasihnya yang seusia untuk menemui pembeli di Surabaya bagi tujuan pelacuran.

Namun, polis dapat ‘menghidu’ perbuatannya, menyebabkan dia ditangkap di sebuah hotel di Surabaya baru-baru ini.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Arief Ryzki Wicaksana berkata, suspek ialah warga Bekasi, manakala kekasihnya berasal dari Jakarta Timur.

Setiba mereka di Surabaya, suspek kemudian menjual kekasihnya itu

Menurut Arief, kekasihnya itu dijual sebanyak 500,000 rupiah (RM155.04) untuk bersekedudukan selama satu jam.

Suspek akan mengambil 300,000 rupiah (RM93.02) manakala kekasihnya akan diberikan 200,000 rupiah (RM62.02).

Pemuda itu akan didakwa kerana melakukan pemerdagangan manusia. Sabit kesalahan, dia  boleh dipenjara sehingga 15 tahun. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker