Zainul Asri tuju kepada siapa kalau bukan lawan politik?

Zainul Asri tuju kepada siapa kalau bukan lawan politik?

Penceramah bebas Zainul Asri Mohd Romli tampil memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan ucapannya pada program Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu lalu.

“Tampilnya saya pada saat ini adalah untuk menyelesaikan isu berbangkit berkenaan dengan ucapan saya di program Kedah Berselawat iaitu berkenaan dengan isu ‘musuh Allah’ yang disalahtafsirkan, dan pada saat ini saya ingin membuat penjelasan.



“Saya mengucapkan permohonan maaf tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang tersinggung tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit.

“Sesungguhnya saya tidak mensasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut kepada mana-mana parti politik dan juga sesiapa sahaja,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya, malam tadi.

Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas itu kerana dia didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.



Semakan Mk mendapati dalam ucapan, Zainul Asri menyeru agar umat Islam memperbanyakkan solat hajat sebelum pembubaran dewan undangan negeri (DUN).

Dia juga menyatakan semoga Kedah dilindungi daripada musuh Allah.

“Moga-moga Allah mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah dan dimenangkan agama Allah, insya-Allah,” katanya disusuli tiga kali laungan takbir.

Sementara itu menjelaskan maksud ucapannya Zainul Asri berkata, apa yang maksudkan dalam ucapan itu adalah berdasarkan firman Allah dalam al-Quran.



Dia memetik terjemahan ayat al-Quran yang berbunyi; “Tidak akan meredai golongan Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka”.

“Jadi itulah yang menjadi tujuan saya dalam ucapan itu kerana Islam adalah agama yang istiqamah dengan akidah perjuangannya dan menolak sebarang bentuk dakyah dan usaha daripada mush-musuh Islam iaitu dimaksudkan dengan golongan Yahudi dan Nasrani.

“Mudah-mudahan pencerahan ini akan memberi seribu keharmonian kepada kita semua umat Islam, rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita bersatu berpadu untuk menjaga agama kita dengan sebaik-baiknya, insya-Allah,” katanya. Mk

Zainul Asri tuju kepada siapa kalau bukan lawan politik?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker