Sisters in Islam bela Amira, terima kecaman selepas kritik ucapan seksis Anwar
Sisters in Islam (SIS) mengecam serangan terhadap Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz kerana mengkritik perdana menteri berhubung gurauan yang dibuat terhadap seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun baru-baru ini.
NGO itu menegaskan tindakan Anwar Ibrahim membuat gurauan dengan mengatakan akan meminta nombor telefon daripada pelajar berkenaan jika dia masih muda, adalah bersifat seksis dan merendahkan wanita.
“SIS bersolidariti dengan YB Amira Aisya dan semua individu yang telah menerima komen dan gangguan seksis.
“Kami menggesa usaha kolektif untuk mencabar dan menghapuskan seksisme dalam semua bentuk, memupuk masyarakat di mana setiap individu dilayan dengan bermaruah, saksama, dan penuh hormat,” katanya dalam kenyataan.
Menurut NGO itu, kenyataan Anwar tidak boleh diterima dan tidak profesional, terutamanya apabila ia diucapkan oleh seorang perdana menteri.
“Selain itu, kenyataan itu adalah seksis dan ia merendahkan serta menjadikan wanita sebagai objek. Ia merupakan stereotaip berbahaya, yang menyumbang kepada budaya diskriminasi dan ketidaksamaan,” ujarnya.
Dalam satu majlis bersama golongan muda di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Anwar memuji seorang pelajar perempuan kerana kepetahannya bertanyakan soalan.
Secara berseloroh Anwar berkata dia akan meminta nombor telefon daripada pelajar berkenaan sekiranya dirinya masih muda.
Kenyataan itu menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak termasuk pemimpin wanita Bersatu kerana disifatkan sebagai seksis dan merendahkan wanita.
SemalamAmira berkata Anwar perlu memohon maaf atas guruan tersebut bagi memberikan teladan yang baik kepada lelaki lain.
Amira berkata, pihak yang menganggap kejadian itu sebagai “hanya gurauan” kebanyakannya “lelaki lebih tua” yang tidak faham mengapa wanita tidak tersenyum apabila mendengar kenyataan sedemikian.
Pun begitu, sesetengah netizen dan penyokong Pakatan Harapan menempelak Amira kerana kritikannya terhadap perdana menteri.
Mengulas lanjut, SIS berkata komen seksis yang diucapkan secara terbuka, terutamanya oleh ahli politik pada masa ini amat membimbangkan.
“Bila ahli politik atau mana-mana individu berkuasa terlibat dalam kelakuan sedemikian, ia menghantar mesej negatif kepada masyarakat kerana ia menormalkan sikap seksis.
“Ini boleh mendatangkan lebih banyak implikasi buruk, membolehkan seksisme terus berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan seperti di tempat kerja dan dalam interaksi sosial.
Justeru SIS menyeru semua pihak menolak dan mengutuk tingkah laku sedemikian, sebaliknya mengangkat kesaksamaan dan menghormati wanita.
“Adalah penting bahawa pemimpin, terutamanya mereka yang berkuasa, menunjukkan contoh untuk menggalakkan keterangkuman, kepekaan jantina dan hormat-menghormati,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie