Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan

Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan

Seorang inspektor wanita tular di media sosial, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali dengan nama Inspektor Sheila di media sosial, mengaku tidak bersalah dan memmohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,” katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Sheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni pula, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya. BH

Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker