Abang arwah Siti Sarah pertahankan Shuib, kecam Netizen

Ahmad Firdous tampil mempertahankan Shuib daripada kecaman netizen.

Perkahwinan antara pelawak, Shuib dan isterinya, Watie baru-baru ini masih hangat diperkatakan sehingga ada netizen yang mendakwa penyampai radio itu sanggup menduakan arwah isterinya, Puteri Sarah kerana berkahwin lain.

Tampil mempertahankan adik iparnya itu, abang kepada Siti Sarah atau nama penuhnya Siti Sarah Raisuddin, Ahmad Firdous, meminta netizen di luar sama untuk berhenti menfitnah Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad.

Katanya, semak dahulu hukum agama dengan betul sebelum berkata-kata atau meninggalkan komen yang tidak menyenangkan.

“Makin lama makin merapu kome (netizen). Lain kali kalau tak tahu berkaitan hukum hakam agama, kita semak dahulu baru tulis soal agama,” katanya menerusi satu hantaran video di TikTok semalam.



Menerusi penjelasan yang dibuat Ahmad Firdous, dia turut memuat naik tangkap layar memaparkan komen netizen yang mendakwa Shuib tidak akan bertemu dengan arwah (Siti Sarah) di Syurga kelak kerana telah bernikah sekali lagi.

Sementara itu, Firdous juga berkongsi sepotong klip video ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berhubung hukum perkahwinan seorang suami selepas kematian isterinya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker