Remaja rempuh tembok Balai Polis Sungai Jarom hingga runtuh

Keadaan kereta dan tembok pagar balai polis tersebut yang rosak akibat pelanggaran tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang remaja lelaki terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh kenderaan lain lalu melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom, malam tadi.

Remaja tersebut yang merupakan pembantu kedai berusia 19 tahun bagaimanapun didapati memandu tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila remaja tersebut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Buaya Jenjarom dari Banting.

Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan semasa membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di hadapan balai polis tersebut.



“Akibat daripada perlanggaran itu Perodua Bezza bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom.

“Namun, pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kemalangan dengan ujian air kencing terhadapnya adalah negatif. Semakan mendapati pemandu itu bagaimanapun tidak mempunyai lesen,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker