Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus diminta kemas kini maklumat segera
Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus diminta kemas kini maklumat segera
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus dinasihatkan terus berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu.
Kedutaan Malaysia di Rusia dalam kenyataan di Twitter menggesa rakyat Malaysia di tiga negara itu mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka dengan kedutaan melalui e-mel ([email protected]) dan nombor telefon +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).
“Pendaftaran penting untuk memastikan maklumat berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efektif dan efisien.
“Kedutaan sedang memantau teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St Petersburg dan Volgograd sentiasa berwaspada serta bertenang, mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.
“Bagi rakyat Malaysia yang merancang pergi ke Rusia, mereka dinasihat menangguhkan semua perjalanan tidak penting sehingga keadaan bertambah baik,” menurut kenyataan itu.
Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir menerusi Twitternya berkat: “Kementerian memantau dengan teliti situasi di Rusia susulan pergolakan akibat pemberontakan bersenjata.
“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal di rumah.”
Ketegangan semakin memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner diketuai Yevgeny Prigozhin, yang pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.
Prigozhin berkata, pejuangnya akan mara ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.
Dalam perkembangan terbaharu, Prigozhin mendakwa pejuangnya memutuskan berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah ketika mereka berada kira-kira 200km dari Moscow.
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko pula berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk “meredakan ketegangan”. FMT
Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus diminta kemas kini maklumat segera
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.