Budak 5 tahun pun boleh kecam nyanyian tak sedap – Sissy Imann

Penyanyi Sissy Imann mempersoalkan kepakaran netizen yang sering memberikan komen-komen tajam terhadap kualiti nyanyian artis biar tanpa memiliki kemahiran dalam bidang tersebut.

Kata penyanyi berusia 27 tahun itu, sebagai individu yang memiliki pendidikan formal dalam bidang muzik dan tidak berhenti membuat kajian tentang muzik, dia sendiri namun masih memerlukan banyak pertimbangan untuk mengulas persembahan penyanyi lain.

“Kita susah-susah belajar muzik sehingga pecah kepala buat kajian pun masih takut untuk komen persembahan orang lain.

“Namun, netizen kita komen seolah-olah macam mereka seperti pakar sahaja.

“Orang yang boleh komen mengenai sains adalah individu belajar ilmu sains yang spesifik sahaja, begitu juga dengan jurutera,” katanya dalam satu perkongsian berbaur sinikal dalam status Instagram.

Sissy yang kini sedang dalam proses menyiapkan tesis bagi melengkapkan pengajian Sarjana Muzik bagaimanapun cukup, sebagai penyanyi perlu terbuka dengan apa sahaja komen buruk khalayak.

Tambah pemilik nama sebenar Sissy Imann Mohammad Kamil itu, penilaian dan penerimaan setiap orang terhadap mutu nyanyian penyanyi selalunya bersifat subjektif.

“Muzik ini budak berusia lima tahun pun boleh kata kita menyanyi tidak sedap.

“Namun, itulah lumrah asam garam apabila kita buat keputusan untuk bergelumang dengan perkara yang sangat subjektif,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sissy turut menjadi mangsa kecaman netizen apabila nyanyiannya didakwa kurang memuaskan dalam sebuah program raya.

Dia juga pernah menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu untuk persembahan lagu Jampi versi keroncong bersama Naim pada minggu keenam program Famili Duo.

Susulan teguran pedas juri sensasi tersebut, dunia hiburan panas seketika dengan pelbagai pendapat daripada ‘kem’ kedua-dua pihak

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker