Bergelar isteri cuma beberapa minit kerana suami meninggal dunia

Seorang lelaki meninggal dunia pada Isnin lalu, beberapa minit selepas dia berkahwin dalam satu majlis di Omaha, Nebraska, demikian menurut stesen televisyen KETV semalam.

Toraze Davis, 48, dan Johnnie Mae Dennis baru sahaja selesai bertukar ikrar perkawinan dan keluar untuk bergambar.

Ketika mereka bersedia untuk sesi fotografi, Davis rebah, lapor KETV.



Pengantin lelaki dibawa ke sebuah hospital di mana dia disahkan meninggal dunia.

Davis meninggal dunia akibat darah beku, lapor saluranberita tempatan,  KCCI-TV.

Dia meninggal dunia pada hari lahir nenek pengantin perempuan dan beberapa minggu selepas bapanya meninggal dunia.

“Ia adalah hari paling gembira dalam hidup Davis. Saya hanya dapat melihat senyuman di wajahnya dan betapa gembiranya dia,” kata Monica Miller, rakan pasangan itu.



Akaun Go Fund Me telah disediakan untuk membayar perbelanjaan pengebumian Davis. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker