Bau bangkai bongkar penemuan mayat dalam rumah dengan kaki dan tangan diikat

TUMPAT – Mayat seorang lelaki sudah dihurung lalat dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat dijumpai di dalam sebuah rumah yang sedang diubah suai di Taman Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, di sini petang tadi.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui oleh dua pekerja warga asing semasa mereka menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah tersebut.
Pemilik kediaman itu, Ho Wei Jiat, 34, berkata, dia datang ke rumahnya itu kira-kira pukul 2.30 petang untuk melihat perkembangan kerja-kerja ubah suai di situ.
Menurutnya, semasa tiba di rumah berkenaan, dia terhidu bau busuk sebelum mengesyaki ada bangkai kucing atau anjing di kawasan tersebut.
“Saya meminta salah seorang pekerja meninjau di dalam sebuah bilik yang dijadikan stor apabila melihat kasut mangsa yang merupakan pekerja sambilan untuk membantu kerja-kerja ubah suai rumah.
“Kami terkejut apabila melihat mayat mangsa yang diikat kedua-dua belah tangan dan kakinya selain banyak lalat menghurung badannya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Tambahnya selain itu, dia juga melihat banyak kesan darah di dalam bilik tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.
Menurutnya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tumpat, di sini untuk dibedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP