Amirudin jawab Azmin “Ingat Azmin, aku kalahkan kau enam bulan lalu”
SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membidas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan adalah anak didiknya.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut menegaskan bahawa beliau telah berjaya mengalahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum ini.
“Mula-mula hendak ungkit pulak Amir, ingat aku yang naikkan kamu.
“Min ( Mohamed Azmin) ingat, aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu (kerusi Parlimen Gombak),” katanya ketika berucap semasa melancarkan jentera PH Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini.
Terdahulu Mohamed Azmin dalam konvesyen Pilihan Raya PN Selangor memaklumkan bahawa beliau bertanggungjawab untuk mengemukakan nama Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua kepada istana untuk dipilih menerajui kerajaan negeri.
Amirudin turut menjelaskan bahawa Mohamed Azmin seorang yang gelojoh dan tidak penyabar dalam mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai kemajuan Selangor.
Ujarnya, pelaburan Selangor berjaya melonjak paling tinggi sebanyak RM18 billion berbanding semasa Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar hanya sekitar RM5billion hingga RM7billion.
“Saya pun sedih, orang ini jaga MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), dia tahu tidak pelaburan ini macam mana.
“Kadang-kadang bila hendak makin tua, makin penyabar. Ini makin tua makin gelojoh. Susah hendak kata. Umur hendak masuk 60 tahun, tidak lama lagi masuk Skim Usia Warga Emas. Sabar sikit Min (Mohamed Azmin),” jelasnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP