Tony Pua antara punca utama ekonomi negara jatuh merudum
Tony Pua antara punca utama ekonomi negara jatuh merudum
BEKAS Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua disifatkan ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’ apabila melabel Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’.
Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melihat Tony sebagai satu daripada punca utama ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.
Bahkan, Asyraf Wajdi berkata, keadaan ekonomi negara masih gagal dipulihkan sepenunya walaupun selepas lima tahun berlalu.
“Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduknya ketika di Kementerian Kewangan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.
“Saya telah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP dan desak mereka untuk jangan sesekali meletakkan beliau sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang jika mahu keharmonian Gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berkekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Tony ibaratmasih bermimpi di siang hari apabil terlupa bahawa kerajaan ketika ini bukan kerajaan PH tetapi Kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik.
Tegas beliau, kenyataan yang diucapkan Tony hanya menyerlahkan kedangkalan diri sendiri.
Terdahulu, Tony secara ‘tiba-tiba’ menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.
Bekas Ahli Parlimen Damansara itu berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dengan label sama turut diberikan kepada Bersatu selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.
Tony turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau menyarankan agar Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN. Utv
Tony Pua antara punca utama ekonomi negara jatuh merudum
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP