Paling sedikit 15 kerusi BN bertanding di Kedah – Mahdzir

Paling sedikit 15 kerusi BN bertanding di Kedah – Mahdzir

PENDANG: UMNO Kedah tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) negeri hanya akan dimuktamadkan sebelum Hari Raya Aidiladha minggu depan.

“Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Kalau dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan UMNO dab BN Kedah menjelang PRN nanti ekoran pembubaran DUN Kedah dijangka pada 28 Jun.

Menyentuh pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN di negeri itu yang masih belum dapat dimuktamadkan oleh BN dan PH, kata beliau, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa isu dan dijangka selesai sebelum Khamis ini.

Sementara itu ujarnya, BN sudah memulakan gerak kerja termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi setiap DUN.

“Katalah (DUN) Sungai Tiang ada lebih kurang 23 PDM, mereka akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itulah. Katalah di (DUN) Tokai ada 21 jadi ada 21 jawatankuasa,” jelasnya.

Tambahnya, antara gerak kerja yang diputuskan adalah untuk memastikan semua jawatankuasa yang ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon PH di DUN yang ditandingi mereka.

“Jadi kalau katakan Tokai ditandingi oleh PH, maknanya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BN akan membantu sebab ‘frontliner’ kepada Tokai itu nanti adalah PH, jadi BN akan bantu. Begitulah sebaliknya kalau BN yang bertanding di Sungai Tiang,” katanya. Utusan

Paling sedikit 15 kerusi BN bertanding di Kedah – Mahdzir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker