UMNO bukan lagi ‘grand’ tapi ‘old’ – Hasni

UMNO bukan lagi ‘grand’ tapi ‘old’ – Hasni

Umno berdepan kesukaran meraih semula kepercayaan orang Melayu jika terus “berhalusinasi” dan gagal menyediakan kejelasan dalam melaksanakan pembaharuannya, kata bekas menteri besar Johor, Hasni Mohammad.

Dalam hantaran di Facebook, Hasni berkongsi ulasannya dalam forum dianjurkan ISEAS-Yusof Ishak Institute, sebuah badan pemikir berpangkalan di Singapura, baru-baru ini.



“Umno terkenal di Malaysia sebagai ‘grand old party’, terutama kepada orang Melayu.

“Kini, Umno bukan lagi ‘grand’, namun sudah menjadi ‘old’ parti, jika terus berhalusinasi dalam melakukan pembaharuan dan gagal menyediakan kejelasan jitu, parti akan mendapati sukar meraih semula kepercayaan orang Melayu pada masa depan,” katanya.

Hasni berkata, rakyat mesti melihat harapan dalam pimpinan parti dengan mempertimbang kebebasan bersuara termasuk kritikan membina sebagai sumber kekuatan, bukan ancaman mahupun tanda kelemahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu terus menyokong kerajaan perpaduan untuk kestabilan, lebih-lebih lagi PRN bakal diadakan.



Katanya, andai Umno tidak menunjukkan prestasi baik pada PRN, rakyat tidak sepatutnya melihat ia sebagai cerminan terhadap kerajaan perpaduan atau mempunyai anggapan kerajaan itu tidak stabil.

“Sebaliknya, kepimpinan Umno akan berdepan tanggapan berat,” katanya.

Umno berdepan gesaan melakukan pembaharuan susulan kekalahannya pada PRU15 tahun lalu, yang mana parti itu sekadar menang 26 kerusi Parlimen, paling buruk dalam sejarahnya.

Umno tumbang di Perlis kepada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui parti serpihannya, Bersatu dan PAS.



Hasni berkata, konsep Malaysia Madani diperjuangkan kerajaan perpaduan dilihat “terlepas peluang” dalam hala tuju menangani kedudukan ekonomi dan sosial dalam menyelesaikan isu struktur seperti kelemahan ringgit, subsidi, dan kos tinggi import.

Awal bulan ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan akan melancarkan naratif ekonomi Madani pada Ogos, menumpukan kepada kewujudan ekonomi mampan bernilai tinggi, meningkatkan liputan keselamatan sosial dan mereformasi pasaran buruh untuk berdepan cabaran struktur ekonomi. FMT

UMNO bukan lagi ‘grand’ tapi ‘old’ – Hasni

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker