Berkorban demi keredaan Allah

Berkorban demi keredaan Allah

Pengorbanan merupakan satu situasi di mana seseorang individu sanggup melepaskan kepentingan dirinya demi kebaikan dan keutamaan orang lain, atau keadaan yang memerlukan kita menanggung penderitaan untuk keselamatan dan kebahagiaan orang lain.

Melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Inilah ibarat yang biasa kita dengar apabila seseorang melakukan pengorbanan dalam hidup, sama ada sebagai tanda kasih sayang atau bukti cinta kepada sesuatu.



Sesuatu pengorbanan memerlukan jiwa yang kental dan cekal kerana ia bukan hanya semudah ekspresi pada sebutan perkataan, tetapi melibatkan peranan fizikal dan spiritual seseorang individu. Kerana itu, Islam mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan oleh setiap individu Muslim dalam hidupnya untuk mencapai keredaan Allah dan kebahagiaan hidupnya juga hidup orang lain.

Bahkan mereka yang berkorban demi agama, kebanyakannya hanya mengharapkan ganjaran yang agung daripada sang Pencipta di dunia dan di akhirat kelak.

Dalam al-Quran, terdapat satu ayat yang menjelaskan natijah baik buat orang yang sanggup berkorban dan berjuang dalam hidupnya. Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 69: “Dan orang-orang yang berusaha (berjuang dan berkorban) dengan bersungguh-sungguh pada jalan Kami (kerana memenuhi kehendak agama), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan).”

“Inilah sebesar-besar kurniaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t. yang dijanjikan kepada mereka yang melakukan pengorbanan dalam diri dan hidup mereka semata-mata kerana agama.



Apakah lagi nikmat yang lebih besar selain daripada petunjuk Allah dan reda-Nya kepada kita sekalian umat manusia di dunia ini? Apa yang boleh kita fahami di sini ialah, setiap pengorbanan yang dibuat mestilah benar-benar ikhlas dan tiada niat lain (niat tidak baik) yang terselindung di sebalik apa yang diusahakan oleh kita.

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya urusan di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya.”

Hadis ini menyatakan kelebihan yang diberikan Allah kepada kita jika kita sedia berkorban untuk melakukan kebaikan kepada orang lain, termasuklah berusaha untuk menghilangkan kesusahan yang dialami mereka sedaya yang termampu.



KORBAN ADALAH IBADAT

Sedar atau tidak, perkataan korban itu sendiri diambil daripada bahasa Arab iaitu ‘qoruba’ yang bermakna dekat. Korban adalah ibadat dalam bentuk tarbiah untuk mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) yang menjadi bukti atau manifestasi rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya.

Ertinya, seseorang yang menunaikan ibadah korban akan menghampirkan dirinya kepada Allah s.w.t. indah sekali, bahasa Melayu menghimpunkan makna perkataan korban itu dengan falsafah taqarrub dan pengorbanan.

Kita berkorban sememangnya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, apa yang penting ialah seseorang itu mestilah bersiap sedia untuk berkorban dengan seluruh dirinya dan jiwa raganya juga harta bendanya seperti mana maksud firman Allah dalam surah at-Taubah, ayat 41,



“Berjuanglah kamu dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui”.

Berkorban demi keredaan Allah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker