Khairy ‘bekap’ Rafizi, tiada masalah pun dia tak hadir

Khairy ‘bekap’ Rafizi, tiada masalah pun dia tak hadir

Ketiadaan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam perbincangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan beberapa pakar ekonomi dan industri pada Jumaat lalu tidak seharusnya diperbesarkan, kata Khairy Jamaluddin yang turut dijemput hadir.

Bekas menteri kesihatan itu berkata tiada masalah jika Rafizi tidak hadir kerana segala pandangan pada akhirnya akan dirujuk semula di peringkat kabinet.

“Menteri ekonomi tidak hadir pun tidak apa sebab akhirnya mereka akan bertukar pandangan di peringkat mesyuarat jemaah menteri atau pun di majlis tindakan ekonomi,” katanya di dalam Podcast Keluar Sekejap.

Sebelum ini, pengguna media sosial menimbulkan tanda tanya berhubung ketidakhadiran Rafizi dalam satu perjumpaan di antara Anwar bersama ahli ekonomi dan pakar industri bagi membincangkan hala tuju negara.

Turut hadir dalam perbincangan itu adalah Naib Presiden Umno Johari Ghani dan Khairy.

Perbincangan itu turut melibatkan ahli ekonomi lain seperti Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM), Noor Azlan Ghazali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Nor Azmie Diron. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Khairy ‘bekap’ Rafizi, tiada masalah pun dia tak hadir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker