Kenapa melontar Jamrah perlu dilakukan 3 hari dengan 70 biji batu?
Kenapa melontar Jamrah perlu dilakukan 3 hari dengan 70 biji batu?
Kenapa perlu tiga hari untuk merejam syaitan dengan kerikil? Ya, memang benar itu perintah Allah dan sebagai hamba kita harus taat. Namun pasti ada rahsianya kenapa begitu lama masa yang diambil untuk melakukan ritual melontar jumrah Aqobah, Wushta dan U’la?
Menurut Pendakwah Bebas, Datuk Zawawi Yusoh, melontar 3 hari simboliknya kita hidup dalam tiga masa iaitu dulu, sekarang dan masa akan datang. Dari dahulu kita adalah bermusuh dengan syaitan.
Begitulah ia akan berlaku sekarang dan akan datang kita akan sentiasa bermusuh dengan syaitan. Syaitan tidak pernah lupa janjinya untuk menyesatkan manusia. Cuma manusia saja yang lupa bahawa kita sentiasa bermusuh dengan syaitan sehingga kiamat.
Melontar pula bukannya sebiji batu tetapi 70 biji, ia simbolik kepada permusuhan dengan syaitan yang berterusan. Bilangan 70 itu bukan sekadar angka yang dipilih suka-suka tetapi membawa maksud yang tersendiri.
70 biji batu yang dilempar sepanjang tiga hari jumrah adalah simbolik kepada 70 tahun usia kehidupan kita secara puratanya. Rasulullah s.a.w bersabda,
“Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit daripada mereka yang melebihi itu.” (HR at-Timidzi).
Selama usia di kandung badan, kita berusaha untuk melawan syaitan. Hendak berlawan bagaimana dan perlukah senjata?
Perlu! Hendak berlawan dengan musuh yang bukan calang-calang perlu ada senjata dan tidak boleh pakai redah saja. Di situ, batu adalah diumpamakan sebagai senjata yang harus ada pada setiap Muslim. Batu itu bagaikan peluru yang digunakan untuk merejam syaitan.
Apabila hendak mengisytiharkan perang kepada musuh kena ada senjata. Seperti halnya dengan melontar, batu yang dilontarkan begitu juga untuk berlawan dengan syaitan kena ada senjata. Senjatanya apa? Peluru rohani.
Kita kena sentiasa ingat manusia bermusuh dengan syaitan bukan berkawan dengannya. Selagi ada nyawa di kandung badan kena sentiasa berlawan dengan syaitan. Kenapa melontar batu kena diulang-ulang?
Ia adalah simbol kepada latihan, kena sentiasa diulang-ulang agar kita ingat bahawa melawan syaitan adalah keutamaan. Kalau hendak berubah kena berulang-ulang melakukan ibadat barulah berkat. Kekuatan balingan batu itu adalah azam kita untuk membebaskan diri daripada syaitan.
Lafaz Istia’zah senjata membunuh syaitan?
Untuk menjelaskan hal itu pula, Zawawi menerangkan peluru yang paling ampuh adalah ilmu. Kena ada ilmu bagaimana untuk menentangnya? Melalui pintu mana syaitan akan menyerang kita?
Untuk menentang syaitan kena ada ilmu tidak salah mengenali syaitan lebih dekat kerana kita akan lebih berwaspada sepanjang masa dan menjauhinya.
Kena kenal syaitan kalau tidak bagaimana kita boleh melawannya. Sebab itu adanya perintah agar kita berlindunglah dengan Allah,
(A’udzubillaahi minasy syaithanir rajiim) “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Menurut Tafsir Ibnu Katsir,lafaz “A’uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim” membawa maksud aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk agar ia tidak membahayakan diriku dalam urusan agama dan duniaku atau menghalangiku untuk mengerjakan apa yang Dia perintahkan atau menyuruhku mengerjakan apa yang Dia larang. Kerana tidak ada yang mampu mencegah godaan syaitan itu daripada manusia kecuali Allah.
Untuk berlindung dengan Allah kita kena dekat dengan Allah. Tapi caranya bagaimana? Kena melakukan ibadat, taat dan sentiasa mengingatinya. Sebab itulah kita kena selalu mengingati Allah agar dapat berlindung daripada syaitan yang direjam. Wallahu a’lam Utv
Kenapa melontar Jamrah perlu dilakukan 3 hari dengan 70 biji batu?
Baca Artikel Menarik:
- Azri belum cukup duit untuk kahwin dengan Dr Azra
- ‘Abang rider’ selamatkan wanita
- Rohana Jalil ‘pergi’ selepas kami selesai baca Yasin – Haiza
- Razarudin KPN, Ayob Khan timbalan
- Kerajaan bertukar lagi selepas PRN?
- Khabar angin tidak berasas – TMJ
- Ayob Khan di laluan pantas jadi IGP
- Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan parti, kata sumber
- Arab Saudi perosak bola sepak?
- Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
- Mangsa ketawa peragut larikan rantai emas palsu
- Dua individu miliki nombor MyKad sama
- Isteri curah minyak mendidih pada kemaluan suami
- Berang Diminta Alihkan Motosikal, Penunggang Ini Doakan Tuan Kedai Bankrap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia