Pemandu kren maut rempuh lori buat pusingan U

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu kren maut apabila apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori dipandu warga emas yang membuat pusingan U di Kilometer 59.5 Jalan Klang – Teluk Intan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi, mangsa berusia 35 tahun maut di lokasi kejadian. Insiden kemalangan tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 41 saat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari Kuala Selangor menuju ke Sekinchan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati sebuah lori dari bahu jalan telah membelok ke kanan dan membuat pusingan U untuk ke Kuala Selangor.

“Susulan jarak yang sangat dekat membuatkan mangsa tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan lori tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang parah maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.-

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker