Opioid Pyro 1,000 kali lebih kuat daripada morfin

Opioid Pyro 1,000 kali lebih kuat daripada morfin

LONDON: Opioid sintetik yang dipercayai 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding morfin, ditemukan di lokasi kejadian dua kes kematian di Essex, England.

Lapor Daily Mail, polis kini menjalankan siasatan terhadap kes kematian seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 40-an di Basildon.



Pegawai polis mengeluarkan amaran selepas mengenal pasti kehadiran etonitazene dalam kes berkenaan.

“Bahan ini menimbulkan risiko tinggi kepada pengguna dan sesiapa sahaja yang mengendalikannya.

“Kadang kala opioid sintetik dimasukkan dalam dadah seperti heroin untuk menambah potensinya tetapi ia juga secara ketara meningkatkan risiko sesak pernafasan pengguna.

“Pegawai kami sedang menyiasat insiden ini dan yang penting untuk mencegah sebarang kematian selanjutnya,” jelas polis dalam satu kenyataan.



Opioid sintetik yang dikenali dengan nama Pyro, dikatakan lebih kuat berbanding dadah jenis fetanyl.

Fetanyl dipercayai 50 kali ganda lebih kuat daripada dadah heroin.

Tahun lalu, tiga lelaki meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan selepas mengambil `dadah sintetik’ itu yang boleh didapati menerusi dark web.

Pelajar, Dylan Byfield-Levell, 20, Jakob Wozniak, 19, dan usahawan, Miles Davis, 27 meninggal dunia selepas mengambil opioid N-pyrrolidino etonitazene di Birmingham.



Semua kematian itu berlaku antara Oktober dan January pada 2022. Utusan

Opioid Pyro 1,000 kali lebih kuat daripada morfin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker