Usaha Ebit Lew bantu gelandangan bertatu penuh drama terbongkar

Usaha murni pendakwah, Ebit Lew membantu seorang ibu tunggal penuh tatu di wajah bernama Mondy dipersoal segelintir netizen yang menyifatkan dirinya menggunakan agama sebagai bahan publisiti dalam media sosial.

PETALING JAYA – Nama pendakwah sensasi, Ustaz Ebit Lew kembali menjadi sorotan ramai apabila niat murninya membantu seorang wanita gelandangan bertatu penuh di muka bernama Mondy Tatto dipersoalkan khalayak.

Ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila mengetahui wanita itu bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan seperti dipaparkan lelaki itu, sebaliknya seorang pempengaruh media sosial memiliki 1 juta pengikut dalam TikTok.

Bantuan dihulurkan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew terus menjadi perdebatan ramai apabila wanita itu dilihat menjual produk difahamkan keluaran pendakwah terbabit menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok.

“Gelandangan yang Ebit Lew ‘jumpa’ itu adalah TikToker terkenal dengan 900k pengikut.

“Pendapatan jangan cakaplah. Popularnya ‘gelandangan’ ini siap pernah masuk dalam acara televisyen di Indonesia.

“Tertanya, Ebit jumpa ‘gelandangan’ ini memang sudah rancang awal ke?,” soal seorang pengguna media sosial bernama Halim Abdurrahman Halim.

Sementara itu, ramai netizen yang mempersoalkan ketulusan hati Ebit, 39, dalam berdakwah dengan mengatakan lelaki itu tidak habis-habis menggunakan agama dijadikan konten demi memancing perhatian khalayak.

“Ebit Lew sejak kena dakwa 11 pertuduhan berkaitan dengan masalah peribadi masih tidak serik, ya?

“Dulu berlakon di Malaysia, selepas itu di Palestin dan sekarang dekat Indonesia pula. Tidak rasa bersalah ke guna agama untuk konten?,” ciap seorang pengguna Twitter bernama Zac.

Pengguna Twitter itu kemudian terus ‘membongkar’ bahawa wanita bertatu penuh di wajah tersebut bukanlah seperti apa digambarkan Ebit iaitu berstatus gelandangan.

“Di TikTok, banyak konten Mondy. Tiada pula dia muat naik video tidur atas kotak depan pagar.

“Minta maaflah, aku bukan benci Ebit Lew. Aku benci orang tunggang agama untuk meraih populariti,” ciapnya lagi.

Difahamkan, Mondy yang berstatus ibu tunggal  dulunya dikenali dengan imej gadis ‘punk’ asal Indonesia kini sudah berada di Malaysia hasil bantuan Ebit yang sebelum ini memang disayangi ramai dengan usaha atau inisiatif sendiri membantu orang Islam yang tersasar daripada ajaran agama sebenar.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker