Menteri Kesihatan jawab Muhyiddin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan tidak akan tergesa-gesa melaksanakan cadangan menaikkan bayaran bagi perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan seperti yang dibawa kertas putih.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sebarang kenaikan – jika dilakukan nanti – akan dibincangkan dengan teliti terlebih dulu dan melibatkan pemegang taruh.
“Sebarang perubahan struktur fi bukanlah sesuatu yang akan dijalankan dengan segera dan sewenang-wenangnya.
“Ia akan diteliti secara rapi dan telus, dengan analisis wajar serta libat urus semua pihak berkepentingan.
“Paling penting ialah kerajaan mahu memastikan rakyat – terutama golongan tidak berkemampuan dan golongan rentan – tidak akan terkesan, serta akses kepada perkhidmatan kesihatan akan terus dapat dinikmati,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Zaliha berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai kertas putih yang sebelumnya dibahaskan 28 ahli parlimen selama hampir empat jam.
Ahli parlimen Sijangkang itu juga mengulangi penegasan bahawa kemudahan penjagaan kesihatan awam pada masa ini mengenakan bayaran yang minimum berikutan sektor itu diberi subsidi yang sangat besar oleh kerajaan.
Pada masa sama dia menjelaskan memang ada pesakit yang sanggup mengeluarkan bayaran lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan sekarang.
Bagaimanapun kata Zaliha ‘opj b tiada mekanisme yang diperlukan bagi mengutipnya.
“Fi yang sama dikenakan kepada semua pesakit tanpa mengira kesanggupan mereka untuk membayar.
“Malahan KKM juga tidak ada mekanisme untuk mengumpul lebihan fi walaupun ada pesakit yang sanggup dan mahu membayar lebih kerana mereka menghargai perkhidmatan komprehensif yang diterima,” katanya.
Cadangan kenaikan bayaran itu disenaraikan sebagai tonggak ketiga kertas putih yang memberi tumpuan kepada pembiayaan yang mampan dan adil untuk sektor penjagaan kesihatan.
Terdahulu semasa perbahasan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut dengan alasan ketika ini banyak isi rumah jatuh ke dalam kategori berpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga mendakwa kerajaan telah memulakan cadangan itu sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatannya apabila berhadapan dengan keadaan fiskal yang dikatakan kritikal.
Bagaimanapun, Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) memuji cadangan kerajaan itu sambil menegaskan bayaran RM1 sekarang hanya relevan apabila “nasi lemak masih berharga 10 sen”.
Pada masa ini, rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan hanya perlu membayar RM1 untuk rawatan pesakit luar dan RM5 untuk rawatan pesakit luar pakar.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah
- Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin
- PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
- Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan
- Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap
- Terduduk terkejut apabila dapat tahu anak ditangkap – Noralbaniah
- Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik
- Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta
- Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet
- “Dulu takut melepaskan dan benci perpisahan, kini tahu bahawa melepaskan itu indah” – Puteri Sarah
- Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit
- Anwar akhirnya jawab Mahathir
- Jaringan Safawi bertaraf Puskas
- Pemerkasaan Jakim hanya wayang – Ahli G25
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.