Azizulhasni pecah rekod kebangsaan miliknya
JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang berpeluang menggenggam semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.
Selepas kali terakhir meraih emas acara tersebut pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Azizulhasni kini hanya perlu melepasi dua lagi halangan untuk menjejakkan kaki di podium ‘sang juara’.
Azizulhasni berpeluang merampas gelaran jaguh Asia selepas mencatatkan masa 9.523 saat (s) untuk menduduki tangga pertama peringkat kelayakan bagi mengatasi 22 pencabar lain.
Lebih manis, catatan yang dilakukan The Pocket Rocketman itu berjaya mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2020 di Berlin, Jerman.
Malah, catatan tersebut juga menghampiri rekod Asia yang dipegang pelumba sensasi Jepun, Yuta Wakimoto iaitu 9.518s yang diciptanya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Syukur alhamdulillah kerana di peringkat kelayakan saya mencatat masa yang tidak dijangka. Prestasi terbaik ini dibawa sejak berlumba di Hong Kong bulan lalu.
“Ketika saingan kelayakan, saya turun sebagai pelumba kedua terakhir dan memang terkejut apabila melihat catatan pelumba lain (dalam lingkungan) 9.6s (dan) 9.7s.
“Disebabkan itu saya hanya fokus untuk berada dalam kelompok tiga terbaik. Saya seperti berada dalam dunia sendiri saja sebelum memulakan perlumbaan,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Dalam saingan suku akhir, Azizulhasni yang telah merekodkan 10 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa di pentas ACC tidak berdepan masalah mengatasi pelumba Taiwan, Kang Shih Feng 2-0.
“Saya terkejut dengan catatan 9.5s tetapi tetap gembira. Dalam saingan suku akhir pula, saya tidak memberikan aksi 100 peratus.
“Aksi tadi hanya 80 peratus, saya mahu menyimpan tenaga esok (Jumaat) yang merupakan perlumbaan sebenar apabila saya menentang Kento Yamasaki (di peringkat separuh akhir),” jelasnya.
Bagaimanapun, hasrat untuk melihat seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ke separuh akhir tidak kesampaian selepas dia tumpas 1-2 kepada pelumba Jepun, Koehi Terakasi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah
- Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin
- PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
- Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan
- Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap
- Terduduk terkejut apabila dapat tahu anak ditangkap – Noralbaniah
- Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik
- Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta
- Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet
- “Dulu takut melepaskan dan benci perpisahan, kini tahu bahawa melepaskan itu indah” – Puteri Sarah
- Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit
- Anwar akhirnya jawab Mahathir
- Jaringan Safawi bertaraf Puskas
- Pemerkasaan Jakim hanya wayang – Ahli G25
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.