Ditipu ‘Inspektor Khoo’, wanita hilang wang berjumlah RM1.18 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon akibat terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.
Menerusi laporan polis dibuatnya semalam, pekerja teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di Bintulu itu memaklumkan menerima panggilan telefon pada 22 Mei lalu daripada seorang lelaki tidak dikenali dari Putrajaya yang mendakwa mangsa ada mendaftarkan nombor telefon di Kota Kinabalu, Sabah untuk memfitnah Kementerian Kesihatan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada dua individu kononnya pegawai berpangkat bernama “Sarjan Wong” dan “Inspektor Khoo” dari Kota Kinabalu yang mengatakan mangsa terlibat jenayah pengubahan wang haram.
“Setelah itu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa Bank Negara mahu memeriksa wang mangsa dan mangsa dikehendaki membuka akaun bank baharu atas nama mangsa dan memindahkan wang milik mangsa ke akaun baharu itu bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Akibat panik, Azman berkata, mangsa telah membuka tiga akaun bank yang berbeza di Bintulu pada 23 Mei dan 9 Jun serta memindahkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan banknya, masing-masing RM881,000 dan RM300,000 ke dalam akaun bank baharu.
Menurutnya, wanita itu turut diarahkan oleh suspek kononnya “lnspektor Khoo” untuk memberikan maklumat akaun bank baharu itu berserta nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek.
“Mangsa juga dikehendaki untuk mematahkan dan membuang ketiga-tiga kad ATM tersebut. Mangsa hanya menyedari tertipu setelah memberitahu perkara itu kepada suaminya serta menghubungi pihak bank tentang transaksi itu,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jocelyn Chia: Pemuda UMNO serah memorandum bantahan ke Kedutaan AS
- Lelaki tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
- Status hubungan punca pemain bola sepak belasah kekasih
- PAU 2023: Amanat Najib untuk UMNO
- Zahid ingatkan Anwar lantik wakil Umno ke exco kerajaan negeri
- Laungan ‘Bebas Bossku’ bergema di Dewan Merdeka
- Rizalman saman fitnah dua pelakon
- Azizulhasni ‘meletup’ tuntut janji
- TikTok keluarkan klip video Jocelyn Chia persendakan Malaysia, tragedi MH370
- Tampar kepala wanita, lelaki dipenjara tujuh hari
- Bersemangat Anwar nyanyi lagu UMNO
- Tolong ‘Bossku’ atau kami tak bantu kempen PRN – Akar umbi
- Zahid kata tak perlu, Tok Mat kata minta maaf jika DAP besar hati
- Mahathir ‘payung’ Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS
Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel
You must be logged in to post a comment.