Budak 11 tahun tular pandu kereta ditahan

Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki dirakam memandu sebuah kereta, dipercayai pada petang Jumaat lepas.

SHAH ALAM Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata, pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit, yang berusia 49 tahun, di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada 1.15 tengah hari tadi.

Cha berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Klang Selatan menerima satu klip video berdurasi 1.21 minit yang ditularkan menerusi media sosial.

“Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna ‘silver’, dipercayai pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6 petang,” katanya dalam kenyataan.



“Bertindak atas maklumat, pihak IPD Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran hari ini (dan) menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai pemandu kereta dalam video.”

Beliau berkata, kedua-dua individu serta kenderaan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

Menurut Cha, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu bagi kesalahan memandu bawah umur, dan Seksyen 111 akta sama, bagi kesalahan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi,” katanya.



Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak masing-masing agar tindakan mereka tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker