Ada pemimpin perosak mainkan sentimen perkauman – Anwar

Ada pemimpin perosak mainkan sentimen perkauman – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk tidak mempercayai naratif sentimen kaum yang terus dimainkan pemimpin perosak yang sentiasa mempertikaikan sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan kepada kaum bukan Melayu.

Anwar berkata beliau yang baru mengambil alih kepimpinan kerajaan pada November lepas, terpaksa menyusun kerangka ekonomi dalam keadaan situasi negara yang mempunyai pelbagai masalah.

“Saudara juga tahu tahu negara ini sekarang menghadapi pertarungan besar iaitu (ada) membangkitkan sentimen seolah-seolah orang-orang Melayu hilang kuasa, jadi miskin dan Anwar sebagai perdana menteri hanya nak jaga Cina dan India sahaja. Ini naratif yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam, di Shah Alam, hari ini.

“Tapi saudara tahu itu, sebab itu perlukan kerjasama saudara bahawa ini fitnah dan tidak benar.

“Saya hari ini… betul saya sebut tentang beberapa projek untuk orang India, tetapi tidak kurang projek untuk masyarakat desa dan orang Melayu,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyeru pimpinan masyarakat India di negara ini supaya bersepakat dengan satu hala tuju tanpa mengira pandangan politik.

Beliau berkata walaupun dalam kalangan pemimpin biasanya berbeza pandangan politik dan dasar serta kadang-kadang ada yang mempunyai pandangan yang keras namun melalui kesepakatan akan memudahkan beberapa rangka yang dipilih kerajaan.

“Hanya dengan satu tekad yang disebut tadi, kemahuan politik beberapa rangka yang kita pilih bersama itu baharu mudah kita laksanakan,” katanya.

Mengulangi tekad untuk menghapus kemiskinan tegar sebelum akhir tahun ini, Anwar berkata perkara itu tidak harus dilihat sebagai agenda untuk orang India semata-mata yang merupakan kaum teramai dalam kelompok miskin tegar.

“Saya memerlukan sokongan anda. Kebanyakan dasar mengambil berat semua Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan.

“Ya saya terima itu tetapi keseluruhan dasar tidak akan berasaskan kaum, tetapi berasaskan keperluan. Jika kita bercakap mengenai kemiskinan, ia mengenai kemiskinan,” katanya. Mk

Ada pemimpin perosak mainkan sentimen perkauman – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker