PAU 2023: ‘Mood’ baharu perwakilan, harap ada remedi jernih kekusutan

PAU 2023: ‘Mood’ baharu perwakilan, harap ada remedi jernih kekusutan

Pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang membuka tirai pagi ini diselubungi ‘mood’ berbeza dalam kalangan perwakilan berbanding penganjuran persidangan sama Mac lalu.

Rata-rata perwakilan menaruh harapan ‘menggunung’ apabila sepakat bersetuju bahawa PAU kali ini akan membawa penawar untuk menyimpulkan pelbagai kekeliruan dan kekusutan tercetus.

Pastinya antara yang diintai adalah isu kerjasama dengan parti yang menjadi seteru UMNO sejak lama khususnya DAP bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Seorang perwakilan pemuda, Nik Mohd Ridzuan Kamarudin, mengakui bukan hanya akar umbi keliru, bahkan beliau sendiri sulit untuk mentafsir kerjasama ‘luar biasa’ dengan ‘seteru lama’ yang kini bersama dalam Kerajaan Persekutuan.

Justeru, besar harapan beliau yang juga Ketua Pemuda Bahagian Indera Mahkota bahawa PAU kali ini dapat membuahkan solusi atau perkara yang boleh dibawa pulang untuk bercerita kepada akar umbi.

“PAU kali ini kita sebenarnya akar umbi UMNO berharap untuk menerima Kerajaan Perpaduan di mana gabungan ini, kita rata-rata tahu termasuk perwakilan dan ahli cawangan sendiri pun masih tidak dapat menerima sepenuhnya gabungan kita dengan Pakatan Harapan (PH).

“Namun, suka tidak suka kita menyahut titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan Kerajaan Perpaduan. Jadi, kita juga berharap gabungan kali ini khususnya dengan DAP, mereka pun akan lebih memahami budaya Melayu itu sendiri

“Saya nampak dalam beberapa bulan Kerajaan Perpaduan terbentuk, kita tak boleh nak tentukan gabungan itu sendiri. Saya kira belum sampai masa nak tafsirkan macam mana hubungan kita dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Fariz Hazurin Ismail, senada apabila berharap PAU kali ini dapat menyuntik ‘remedi’ atau penawar bagi menjernihkan keadaan, sekali gus menentukan hala tuju jelas kepada ahli mengenai hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Menyifatkan bilangan ‘adik-beradik’ sudah bertambah dan tidak lagi terhad antara UMNO, MCA dan MIC, beliau berkata persefahaman yang tinggi perlu wujud supaya hubungan ‘keluarga besar’ ini tidak retak, akhirnya bercerai.

“PAU kali ini untuk ahli akar umbi menyuarakan pendapat dan juga pandangan terhadap Kerajaan Perpaduan yang bagi saya, akar umbi ada segelintirnya masih lagi agak keliru berhubung keputusan pimpinan tertinggi.

“Perlu persefahaman adik-beradik. Kalau dulu adik-beradik kita bermaksud dalam Barisan Nasional (BN) ada MCA, MIC dan UMNO. Tetapi pada hari ini, politik telah berubah, progresif serta dinamik. Maksudnya, adik-beradik kita sudah bertambah dan rumah kita sudah bertambah isi keluarga.

“Jadi perhimpunan pada minggu ini sedikit sebanyak kita nak menerangkan kepada akar umbi demi kebersamaan dengan ahli keluarga baharu kita,” katanya.

Wakil Wanita UMNO Bahagian Kulai, Latipah Abu, pula mahu PAU kali ini merungkai segala yang tersimpul selama ini, khususnya keputusan untuk mengadakan hubungan dan hala tuju dengan parti ‘seteru’ dulu yang kini membentuk Kerajaan Perpaduan.

Katanya, titik persefahaman bersama ‘keluarga baharu’ ini begitu penting untuk menghadapi PRN dengan lebih bersedia dan erat.

“Saya berharap PAU kali ini akan merungkai segala apa yang tersimpul selama ini. Semoga Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang terus kekal kerana kita akan menuju PRN tidak lama lagi.

“Perpaduan dengan ‘keluarga baharu’ ini perlu terus kekal dan tiada lagi pergolakan supaya pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan sekarang dapat secara bersama membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih berkesan,” katanya

PAU 2023 berlangsung bermula hari ini hingga Sabtu dengan acara program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam.

Perasmian serentak Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap terbabit disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka, malam tadi.

Persidangan Wanita UMNO akan berlangsung di Dewan Merdeka membabitkan 1,159 perwakilan dari seluruh negara, sementara Pemuda UMNO akan bersidang di Dewan Tun Razak membabitkan 1,160 perwakilan dan 1,134 perwakilan Puteri pula bersidang di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail. BH

PAU 2023: ‘Mood’ baharu perwakilan, harap ada remedi jernih kekusutan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker