Kemenangan Malaysia di mahkamah Perancis tepat – Zambry

Zambry berkata keputusan itu menunjukkan bahawa tuntutan yang dikemukakan kumpulan terbabit dibuat demi kepentingan pihak tertentu

Kemenangan Malaysia di mahkamah Perancis tepat – Zambry

Keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang memihak kepada Malaysia dalam kes membabitkan tuntutan kumpulan mendakwa waris Sulu disifatkan sebagai tepat dan selaras dengan hak serta undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata keputusan itu menunjukkan bahawa tuntutan yang dikemukakan kumpulan terbabit dibuat demi kepentingan pihak tertentu.



“Saya bersyukur kerana keputusan Mahkamah Rayuan Perancis semalam, memihak kepada Malaysia.

“Saya turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Perancis sebelum ini dan menjelaskan pendirian Malaysia tentang kedudukan wilayah Malaysia.

“Sehubungan itu Perancis sependapat dengan pendirian Malaysia berdasarkan kedudukan Malaysia dan hak-hak Malaysia yang telah diiktiraf secara antarabangsa,” katanya kepada media di Parlimen, pada Rabu.

Semalam, Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.



Mengulas lanjut, Zambry berkata keputusan tersebut hasil kerjasama semua pihak dan kementerian.

“Hal ini turut dikendalikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Kita berusaha dan melakukan pendekatan secara bersama kerana ia membabitkan proses di luar negara. Kita bekerja sebagai pasukan. Berkat kerjasama baik antara kementerian menghasilkan keputusan bermakna untuk Malaysia,” tambahnya.

Kemenangan Malaysia di mahkamah Perancis tepat – Zambry

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker