Wanita Saman Ibu Bapa Sendiri Kerana Lahirkannya Tanpa Bertanya

Wanita Saman Ibu Bapa Sendiri Kerana Lahirkannya Tanpa Bertanya

Seorang wanita di Amerika Syarikat tekad menyaman kedua ibu bapanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan mereka yang tidak bertanyakan persetujuannya terlebih dahulu sebelum melahirkannya.

Menerusi hantaran di TikTok, pengguna bernama Kass Theaz itu menjelaskan bahawa tindakan dibuatnya itu adalah kerana kedua-dua orang tuanya itu telah membesarkannya walaupun dia tidak bersetuju untuk dilahirkan.

Saya saman ibu bapa saya kerana mereka melahirkan saya tanpa persetujuan saya.

Ini kerana saya tidak bersetuju untuk dilahirkan di muka bumi ini.

Bukan itu sahaja, kelahirannya ke dunia didakwa telah menyebabkannya perlu bekerja demi kelangsungan hidupnya.

Kelahiran saya di dunia menyebabkan saya perlu membesar dan mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan hidup serta menyara kehidupan.

Dan itu merupakan satu perkara yang tidak saya persetujui.

Lebih parah, wanita ini turut mendakwa ibu bapanya tidak pernah ‘menghubunginya’ untuk bertanyakan sama ada dia setuju atau tidak untuk dilahirkan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar luahan dibuat wanita ini bahkan ramai yang mempertikaikannya kerana menentang kelahiran diri sendiri sedangkan dia kini merupakan seorang ibu.
Sumber: TikTok

Wanita Saman Ibu Bapa Sendiri Kerana Lahirkannya Tanpa Bertanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker