Rangka manusia prasejarah ditemui di Lembah Nenggiri

Rangka manusia prasejarah ditemui di Lembah Nenggiri

Rangka manusia prasejarah ditemukan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri, Kelantan bersama beberapa artifak lain pada November tahun lepas.

Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac) berkata rangka berkenaan dijumpai penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Zuliskandar Ramli semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri.

“Penemuan rangka manusia prasejarah di Gua Keledung Kecil merupakan antara jumpaan penting kepada warisan arkeologi negara.

“Ini kerana, ia secara tidak langsung menyumbang kepada dapatan fakta baharu berkait amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan zaman prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri, Kelantan,” menurut Motac dalam kenyataan.

Menurut Motac, rangka manusia itu ditemukan dalam kedudukan melipat sepenuhnya dan menghadap ke arah barat daya, di mana kedudukan melipat sepenuhnya itu merupakan posisi yang hampir sama dengan kedudukan fetus dalam kandungan ibu yang sedang mengandung.

Menurut Motac antara perkara menarik mengenai rangka berkenaan adalah asosiasi artifak yang berada di sekelilingnya yang berfungsi sebagai alat bekalan kubur.

“Tapak tangan kanan si mati memegang mineral hematit manakala tapak tangan kiri pula memegang lutut kaki kanan,” katanya.

Di sekeliling rangka juga terdapat alat-alat batu yang dikebumikan bersama-sama dengan simati antaranya batu pelandas dengan alat grind-pounding, kapak genggam dan alat repeh yang diperbuat daripada batu sabak serta kristal kuarza yang sering digunakan dalam ritual pengebumian masyarakat prasejarah.

“Cara pengebumian rangka manusia prasejarah yang ditemui itu merupakan amalan masyarakat prasejarah yang terawal mendiami Lembah Nenggiri semenjak 14,000 tahun yang lalu,” menurut Motac.

Motac berkata sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab di Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik.

Katanya, rangka manusia prasejarah itu akan dibawa keluar dari Gua Keledung Kecil dan ditempatkan di makmal konservasi Jabatan Warisan Negara untuk kerja-kerja pemuliharaan secara menyeluruh.

“Motac melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan Kelantan akan memastikan penemuan itu dapat dijadikan rujukan sejarah dan warisan negara serta dapat dikongsikan juga kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Motac, sebuah galeri mini akan dibangunkan Tenaga Nasional Bhd berhampiran dengan Empangan Nenggiri bagi menempatkan segala jumpaan arkeologi di Lembah Nenggiri termasuklah rangka yang dijumpai di Gua Keledung Kecil.

“Kewujudan galeri tersebut pastinya akan menjadi aset atau produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya untuk menarik pelancong datang ke Lembah Nenggiri,” katanya. FMT

Rangka manusia prasejarah ditemui di Lembah Nenggiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Shahida pernah lari rumah tidak tahan dengan perangai Aliff Syukri

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker